中文 English 日本語 한국어 Français Deutsch Русский язык Español Português عربي Melayu Indonesian  Italiano Монгол Tiếng Việt Lao BIG5

Universiti Zhejiang

2011/7/2 14:46   

Universiti Zhenjiang terletak di Bandar Hangzhou, Provinsi Zhejiang di bahagian tenggara negara China. Universiti ini merupakan satu universiti komprehensif yang paling besar dan menawarkan mata pelajaran yang terlengkap dalam negara China. Ia juga mempunyai pengaruh yang besar di peringkat antarabangsa.

Terdapat sebelas ketegori mata pelajaran di Universiti Zhejiang termasuk falsafah, ekonomi, undang-undang, pendidikan, kesusasteraan, sejarah, sains, kejurutaraan, pertanian, perubatan, dan pengurusan. Universiti menawarkan 108 program pengajian di peringkat ijazah pertama. Sekarang di universiti terdapat 8700 lebih orang tenaga pengajar dan kakitangan, 40000 lebih orang mahasiswa termasuk 9700 orang pelajar ijazah sarjana, 4200 orang pelajar doktor falsafah dan 1000 lebih orang pelajar dari negara asing.

Universiti Zhejiang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang ekonomi, undang-undang, sains dan lain-lain. Jumlah keluasan perpustakaan-perpustakaan di enam kampus adalah 59000 meter persegi dan jumlah simpanan buku-buku adalah 5.91 juta lebih. Ia merupakan perpustakaan komprehensif yang terbesar, mempunyai  terbanyak bukunya serta merangkumi mata pelajaran terlengkap di China. Lebih banyak maklumat boleh didapat di laman web:http://www.admissions.cn

在线客服
在线客服系统