中文 English 日本語 한국어 Français Deutsch Русский язык Español Português عربي Melayu Indonesian  Italiano Монгол Tiếng Việt Lao BIG5

Universiti Nanjing

2011/7/2 14:50   

Universiti Nanjing terletak di bandar Nanjing, Provinsi Jiangsu di bahagian Tenggara China. Ia adalah sebuah universiti yang khusunya dalam bidang sains, dan merupakan tenaga muda antara universiti yang kenamaan di China.

Sekarang, Universiti Nanjing mempunyai 16 buah akademik seperti Akademik Kesusasteraan, Akademik Sains, Akademki Geografi dan lain-lain, dan mempunyai 43 buah fakulti, dan hampir 2000 orang pensyarah-pensyarah, lebih 31 ribu mahasiswa di universiti, antaranya lebih 8500 orang calon ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran.

Universiti Nanjing merupakan salah sebuah universiti China yang paling aktif bagi aktiviti pertukaran akademik antarabangsa. Ramai pemenang Hadiah Nobel seperti Li Zhengdao, Ding Qizhong, Yang Zhenning dan lain-lain telah diberi gelaran profesor kehormatan atau doktor kehormatan Universiti Nanjing. Jika anda hendak lebih mendekati Universiti Nanjing, boleh layari laman webnya: http://www.admissions.cn


 

在线客服
在线客服系统