中文 English 日本語 한국어 Français Deutsch Русский язык Español Português عربي Melayu Indonesian  Italiano Монгол Tiếng Việt Lao BIG5

Universiti Normal Beijing

2011/7/2 14:51   

Universiti Normal Beijing yang didirikan pada tahun 1902 itu merupakan universiti perguruan yang pertama dalam sejarah China, dan juga universiti yang terkenal dalam bidang perguruan China. Ia juga merupakan pangkalan utama bagi memupuk pelbagai jenis guru.

Universiti Normal Beijing kini mempunyai 15 buah akademik seperti Akademik Pendidikan, Akademik Latihan Guru-guru, Akademik Budaya dan Bahasa China, Akademik fisiologi dan lain-lain, dan mempunyai 48 jurusan ijazah pertama. Jurusan-jurusan yang ditawarkan di universiti ini seperti pendidikan, fisiologi, pendidikan pra-sekolah dan lain-lain mempunyai martabat yang amat tinggi di seluruh China.

Universiti Normal Beijing kini mempunyai tenaga mengajar dan kakitangan sokongan seramai 2500 orang dan lebih 20 ribu mahasiswa di universiti, antaranya lebih 7000 orang mahasiswa sepanjang hari, dan juga lebih 1000 orang pelajar asing.

Tahun-tahun kebelakangan ini, di samping memperkembangkan jurusan-jurusan jenis perguruan, Universiti Normal Beijing juga memajukan yang bukan perguruan. Selain daripada itu, Universiti Normal Beijing juga dengan sepenuhnya mengambil kelebihannya dalam sumber pengurusan pendidikan untuk menawarkan banyak latihan bagi guru-guru dan kakitangan kerajaan. Jika anda hendak lebih mendekati Universiti Perguruan Beijing, boleh layari laman webnya: http://www.admissions.cn

 

 

在线客服
在线客服系统