Universiti Tsinghua yang terletak di Beijing, ibu kota China itu merupakan universiti kerajaan kompleks yang terkenal di China dalam bidang pengajian Akademik, dan juga bersejarah hampir sekurun. Universiti Tsinghua merupakan salah sebuah pangkalan yang paling utama di China bagi pemupukan ahli-ahli yang bertaraf tertinggi.
Universiti Tsinghua kini mempunyai 44 Fakulti, antaranya 11 buah akademik seperti Akademik Sains, Akademi Akitek, Adademik Kerja Raya Awam dan Tali-tali Air, Akademik Kerja Raya Jentera, Akademik Sains Informasi, Akademik Budaya Manusia dan Sains Sosial, Akademik Pengajian Ekonomi dan Pentadbiran, Akademik Perundangan, Akademik Seni, Akademik Pengajian Pentadbiran Awam, Akademik Teknologi Amali dan lain-lain. Jurusan-jurusan yang ditawarkan oleh Universiti Tsinghua seperti Akitek, Komputer, Automobil, Fizik Tenaga Kuat dan lain-lain bermartabat yang tinggi di China. Dalam 20 tahun kebelakangan ini, Universiti Tsinghua berkembang menghala ke sebuah universiti yang sempurna dan kompleks, dan berturut-turut menambah lagi jurusan bagi pengajian pengurusan dan pentadbiran, bahasa China, media dan lain-lain dalam bidang sains dan sosial, dan juga sedang menyelenggarakan Institut Perubatan.
Universiti Tsinghua kini mempunyai lebih kurang 7100 orang ahil tenaga dan kakitangan sokongan, 20 ribu orang mahasiswa sepanjang hari, antaranya lebih 12 ribu orang pelajar ijazah pertama, hampir 10 ribu orang calon ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran. Juga ramai pelajar asing pilih menjalankan pembelajaran mereka di Universiti Tsinghua.
Universiti Tsinghua terkenal di seluruh China dengan taraf pengajian dan kualiti pengajarannya yang tinggi, dan juga berwibawa yang tinggi di seluruh dunia. Jika anda hendak lebih mendekati Universiti Tsinghua, boleh layari laman webnya: http://www.admissions.cn





