
Universiti Peking merupakan satu universiti kerajaan kompleks yang terkenal di seluruh China dengan taraf pengajaran dan pengajian yang begitu tinggi dalam bidang sains dan akademik. Ia didirikan pada tahun tahun 1898, dan juga merupakan salah sebuah universiti yang bersejarah paling lama di China.
Dengan perkembangan sekurun itu, Universiti Peking kini mempunyai lima buah unit iaitu Unit Budaya Manusia, Unit Sains Sosial, Unit Pengajian Sains, Unit Informasi dan Kerja Raya dan Unit Perubatan, dan 42 buah akademik dan fakulti, 216 buah pusat pengajian dan 18 buah hospital bawahan dan hospital pengajaran. Jurusan-jurusan yang ditawarkan di Universiti Peking seperti Bahasa China, Bahasa Barat, Persejarahan dan Jurusan Fizik serta Biologi dan lain-lain amat masyhur dan terkenal di seluruh China.
Sekarang Universiti Peking mempunyai 15 ribu orang pelajar ijazah pertama dan diploma, 12 ribu calon ijazah sarjana dan calon ijazah kedoktoran, disamping itu Universitu Peking juga menarik ramai pelajar asing datang menjalankan pelajaran mereka di situ. Perpustakaan Universiti Peking itu merupakan perpustakaan universiti yang terbesar di Asia dengan buku simpanannya sebanyak lebih 6 juta 290 ribu jilid. Jika anda hendak lebih mendekati Universiti Peking, boleh layari laman webnya: http://www.admissions.cn





