中文 English 日本語 한국어 Français Deutsch Русский язык Español Português عربي Melayu Indonesian  Italiano Монгол Tiếng Việt Lao BIG5

Parti Komunis China

2011/7/2 15:18   

Parti Komunis China merupakan barisan pelopor kelas buruh China dan juga merupakan barisan pelopor rakyat China dan bangsa China, teras pimpinan usaha sosialisme bercirikan China, mewakili permintaan tenaga produktif masa hadapan China untuk trend pembangunan, mewakili arah kemajuan budaya China dan mewakili kepentingan asas majoriti rakyat China.

Cita-cita luhur dan matlamat muktamad Parti Komunis China ialah mewujudkan komunisme. Piagam Partinya menetapkan bahawa Parti Komunis China dengan Marxisme-Leninisme-Fikiran Mao Zedong dan Tiori Deng Xiaoping dan tirori penting “ 3 wakilan” sebagai panduan tindakan sendirinya.

Parti Komunis China ditubuhkan pada Julai tahun 1921. Dari tahun 1921 hingga tahun 1949, rakyat China yang diketuai oleh Parti Komunis China telah melancarkan perjuangan yang gigih, telah menggulingkan penguasaan dari imperialisme, feudalisme dan birokratisme dan telah menubuhkan Republik Rakyat China. Setelah penubuhan negara, Parti Komunis China memimpin rakyat pelbagai etnik seluruh negara telah memelihara kemerdekaan dan keselamatan negara, mewujudkan dengan berjaya perubahan masyarakat China ke sosialisme dari demokratisme baru, melancarkan pembangunan sosialisme yang berancangan dan besar-besaran, sehingga usaha ekonomi dan kebudayaan China telah mencapai kemajuan maha besar yang tak pernah terjadi dalam sejarah.

Setelah perubahan sosialisme terhadap sistem swasta alat produksi diselesaikan pada asasnya pada tahun 1956, sebab kurang pengalaman, Parti Komunis China telah melakukan beberapa kesalahan dalam proses memimpin usaha pembangunan sosialisme, dari tahun 1966 hingga tahun 1976, telah melakukan lagi kesalahan serius “ Revolusi Besar Kebudayaan” yang bersifat keseluruhan dan dalam masa yang panjang.

“ Revolusi Besar Kebudayaan” telah berakhir pada Oktober tahun 1976, China telah menuju ke period pembangunan sejarah yang baru. Dengan diadakannya Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-13 parti Komunis China, ia telah mewujudkan peralihan besar yang bererti menjangkau jauh sejak China baru ditubuhkan. Bermula tahun 1979, Parti Komunis China telah mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang dikemukakan oleh Deng Xiaoping. Sejak pengamalan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, ekonomi nasional dan pembangunan masyarakat China telah mencapai kejayaan yang amat besar, wajah negara telah mengalamai perubahan yang radikal, merupakan tempoh yang situasinya paling baik sejak penubuhan negara dan juga merupakan tempoh bagi rakyat yang mendapat keuntungan paling banyak.

Parti Komunis China berpendirian untuk mengembangkan dengan aktif hubungannya dengan luar dan berusaha untuk menyediakan iklim antartabangsa yang berfaedah bagi pembaharuan dan pintu terbuka dan pembangunan modenisasi China. Dalam urusan antarabangsa, Parti Komunis China mempertahankan dasar hal-ehwal luar bebas secara damai, memelihara kemerdekaan dan kadaulatan China, menentang hegemonisme dan kekuatan politik, memelihara perdamaian dunia, menggalakkan kemajuan umat manusia dan mengembangkan hubungan dengan pelbagai negara di dunia berdasar 5 prinsip iaitu saling hormat-menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah sesebuah engara, tidak ceroboh-mencerobohi, saling tidak mencampuri urusan dalam negeri masing-masing, sederjat serta saling berfaedah dan hidup bersama secara damai. Parti Komunis China menjalin dan mengembangkan hubungan bersahabat dengan parti pelbagai negara di dunia berdasarkan 4 prinsip, iaitu bebas, sama rata, hormat-menghormati dan saling tidak mencampuri urusan dalaman. Setakat ini, Parti Komunis China telah memelihara hubungan bersahabat dengan lebih 300 parti daripada lebih 120 buah negara.

Parti komunis China merupakan pertubuhan bersatu yang berdasarkan program dan piagamnya sendiri dan diorganaiz menurut prinsip pemusatan demokratik. “ Piagam Parti Komunis China” menetapkan: buruh, petani, anggota tentera, kaum itelektual dan anggota progresif daripada lapisan masyarakat lainnya yang cukup umur 18 tahun boleh memohon untuk menganggotai Parti Komunis China asalkan mereka mengiktiraf program dan piagam parti, ingin menyertai satu pertubuhan daripada parti dan bekerja dengan aktif dalam pertubuhannya, mengamalkan keputusan parti dan membayar yuran parti dengan menurut jadual.

Pertubuhan pusat Parti Komunis China meliputi kongres rakyat kebangsaan, jawatankuasa pusat, biro politik jawatankuasa pusat, jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat, sekretariat jawatankuasa pusat, suruhanjaya ketenteraan pusat dan suruhanjaya pemereksaan disiplin pusat dari Parti Komunis China. Kongres Kebangsaan Parti Komunis diadakan 5 tahun sekali. Dalam tempoh ditutupnya kongres kebangsaannya, jawatankuasa pusat merupakan badan pimpinan tertinggi Parti Komunis China.

Parti Komunis China kini mempunyai seramai kira-kira 70 juta ahli dan setiausaha agung sekarang ialah Hu Jintao.

- Top
在线客服
在线客服系统