中文 English 日本語 한국어 Français Deutsch Русский язык Español Português عربي Melayu Indonesian  Italiano Монгол Tiếng Việt Lao BIG5

Rancangan Pembangunan Sains dan Teknologi Peringkat Negara

2011/7/2 14:32   

Rancangan Pengajian Asas:

Rancangan pengkajian China dalam bidang ini dipanggil “Rancangan Perkembangan Pengkajian Asas Penting Negara” rancangan itu mula dilaksanakan pada Mac 1997, kerana itu juga dipanggil “Rancangan 973”.
Bidang pengkajian Rancangan 973 melibatkan pelbagai masalah sains penting tentang perkembangan sosioekonomi dan sains, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah memperuntukkan beberapa bilion yuan RMB untuk rancangan tersebut dan melakukan lebih 300 program pengkajian. Beberapa program telah mencapai kejayaan cemerlang, antaranya termasuk: saintis China berjaya menyelesaikan pemeriksaan urutan gen padi pada tahun 2002 dan berjaya menklonkan gen padi.
 
Rancangan Pengkajian Teknologi Tinggi:
Rancangan Perkembangan Pengkajian Teknologi Tinggi Negara China dianjurkan oleh 4 saintis terkenal China pada Mac 1986, kerana itu juga dipanggil “Rancangan 863”.
Rancangan 863 berdasarkan kecenderungan perkembangan teknologi tinggi dunia dan keperluan dan kemampuan China, memilih 15 tema dalam 7 bidang termasuk teknologi penerbangan angkasa lepas, IT, laser dan lain-lain.
Dengan melaksanakan Rancangan 863, daya pengkajian China dalam bidang teknologi tinggi ditingkatkan dengan ketara, dan mencapai banyak kejayaan yang sangat maju di seluruh dunia, misalnya China berjaya membuat cip silicon “Fang Zhou” dan “Long Xin”, daya operasi komputer “Shen Teng 6800” yang dibuat syarikat Lenovo China menduduki tempat kelima di seluruh dunia.
 
Rancangan Sains Pertanian
Rancangan sains pertanian China dipanggil “Rancangan Bunga Api”, rancangan tersebut disahkan pada tahun 1986 untuk meneroka teknologi dan sains pertanian yang maju dan sesuai dengan keadaan pertanian China, memperluas teknologi tersebut di desa, membantu para petani mengembangkan ekonomi desa berdasarkan perkembangan sains, mendorong kemajuan sains dan teknologi perusahaan kampung, mendorong peningkatan kualiti para pekerja di desa, mendorong ekonomi pertanian dan desa terus berkembang dengan cepat dan sihat.
Selama belasan tahun kebelakangan ini, saintis China telah mencapai banyak kejayaan sains dan teknologi dan juga mendorong perkembangan desa, meningkatkan pendapatan para petani, sangat disokong oleh para petani China.
 
Rancangan Perluasan Hasil Teknologi Tinggi
Rancangan perluasan hasil teknologi tinggi China dipanggi “Rancangan Obor”. Rancangna ini dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1988, bidang penting rancangan tersebut termasuk: elektronik dan maklumat, teknologi biologi, bahan baru, sumber tenaga baru, perlindungan alam sekitar dan lain-lain.
Kini China telah menubuhkan 53 kawasan penerokaan teknologi tinggi peringkat negara di seluruh China, kawasan penerokaan tersebut telah menjadi tenaga penting bagi mendorong perkembangan teknologi tinggi dan baru China, memperbaiki struktur ekonomi negara China.
Pada tahun 2004, pendapatan yang diperoleh di kawasan penerokaan teknologi tinggi tersebut telah melebihi 2 trilion yuan RMB. Banyak syarikat teknologi tinggi terkanal China seperti Lenovo, Huawei, Ziguang dan Datang semua berada dalam kawasan penerokaan teknologi tinggi China.
 
Rancangan Penerbangan Angkasa Lepas Bawa Angkasawan China
Rancangan penerbangan angkasa lepas bawa angkasawan China mula dilaksanakan pada tahun 1992, dan dibagikan menjadi 3 tahap: menghantar angkasawan China ke angkasa lepas, melancarkan makmal angkasa lepas jangka pendek yang dapat digunakan oleh angkasawan, membina stesen angkasa lepas jangka panjang.
Pada akhir tahun 1999, China berjaya melancarkan dan mengembalikan kapal angkasa lepas percubaan pembawa angkasawan iaitu “Shenzhou I”. Pada 15 Oktober 2003, kapal angkasa lepas “Shenzhou V” dilancarkan ka angkasa lepas, Yang Liwei menjadi angkasawan pertama di China, China menjadi negara ketiga yang mampu melakukan aktiviti penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan.
Dimaklumkan, China akan melancarkan kapal angkasa lepas “Shenzhou VI” pada tahun 2005, kapal angkasa lepas itu akan membawa beberapa angkasawan China, mereka juga mungkin akan melakukan aktiviti berjalan kaki di angkasa lepas dan lain-lain.
 
Projek Penelitian Bulan China
Projek penelitian bulan China dibagikan menjadi tiga peringkat: Lancarkan satelit penelitian bulan yang berterbang mengelilingi bulan, alat penelitian bulan mendarat di bulan untuk mengadakan penelitian, mesin penelitian bulan kembali ke bumi membawa contoh barang bulan. Kini rancangan peringkat pertama sedang dilaksanakan yang juga dipanggil “Projek Kelilingi Bulan”.
Projek tersebut dimulakan pada Januari tahun 2004, dan merancang melancarkan satelit penelitian mengelilingi bulan “Chang E I” pada akhir tahun 2006, mengadakan penyelidikan terhadap permukaan bulan.
Dimaklumkan, kini China sedang mengadakan pembinaan dan perbaikan terhadap sistem penelitian dan komunikasi serta sistem di permukaan bumi, pengkajian satelit dan roket akan diselesaikan sebelum bulan Oktober tahun 2006.
在线客服
在线客服系统